Polis tahan dua individu culik kanak-kanak empat tahun

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak berusia empat tahun di Rasah Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pada jam 11.45 pagi, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita berusia 36 tahun, memberitahu anak lelakinya telah dilarikan oleh seorang lelaki India, menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil berwarna kelabu.

"Sebaik menerima laporan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan berjaya mengesan dan menahan kereta yang dinaiki suspek di Bukit Mantin,Nilai petang tadi.

"Suspek seorang lelaki India berumur 31 tahun dan seorang perempuan India berumur 40 tahun berjaya ditangkap, dan anak mangsa berjaya diselamatkan,"katanya.

Tambahnya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek lelaki yang ditangkap adalah positif dadah.

Kedua-dua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Seremban pada esok untuk permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Artikel Berkaitan: