X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL serbu premis hiburan, rumah urut tanpa kebenaran

Anggota DBKL menampal notis penutupan ke atas premis hiburan dan rumah urut yang dikesan beroperasi tanpa kebenaran ketika serbuan dijalankan semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menyerbu sebuah premis hiburan dan dua pusat urut yang didapati menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Unit Media DBKL menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, pemeriksaan menerusi Tindakan Khas itu itu dilakukan di Jalan Yew Bukit Bintang, Prima Setapak Wangsa Maju dan Jalan Radin Tengah Seputeh.

Menurutnya, kesemua premis tersebut diarah tutup dan barangan di sita kerana melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Dua notis kompaun dikeluarkan menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta satu notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan (WPKL) 1992.

Wanita yang berada di premis hiburan sewaktu pemeriksaan dijalankan DBKL semalam.
Wanita yang berada di premis hiburan sewaktu pemeriksaan dijalankan DBKL semalam.

"Sebanyak 29 barang disita termasuk kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, pembesar suara dan komputer. Kesemua barangan yang di sita telah dihantar ke stor sitaan DBKL untuk proses dokumentasi," katanya.

Operasi yang berakhir jam 2 pagi itu melibatkan lapan orang pegawai dan 52 anggota yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Menurut perkongsian sama, DBKL memaklumkan operasi khas tersebut akan diteruskan dari masa ke masa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!