X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat rentung dalam SUV: Seorang lagi individu ditahan

Satu mayat ditemui rentung dalam sebuah kenderaan SUV yang terbakar berhampiran Stesen LRT Kota Warisan Rabu lalu.
A
A

SEPANG - Polis menahan seorang lagi lelaki untuk membantu siasatan kes pemandu rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) bersebelahan dengan Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre berhampiran Stesen LRT Kota Warisan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Batu Caves, Selangor pada jam 12.50 tengah hari semalam.

"Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti motif kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Wan Kamarul Azran Wan Yusof
Wan Kamarul Azran Wan Yusof

Semalam, Sinar Harian melaporkan polis telah menahan dua pekerja kontraktor berusia 37 dan 42 tahun bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat rentung dalam SUV: Polis tahan dua pekerja kontraktor

Polis bagaimanapun masih menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga pemilik kenderaan itu bagi mendapatkan pengesahan sebenar memandangkan mayat ditemui dalam keadaan rentung.

Terdahulu, sebuah SUV terbakar bersama seorang individu di tempat pemandu yang rentung dan kebakaran dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Salak Tinggi.

Polis turut menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter dari kenderaan itu dan mayat mangsa rentung 90 peratus.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!