Rusuhan kuil: 'Kenapa Moorthy tak salahkan diri sendiri?'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sepatutnya menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan polis dalam insiden rusuhan di Kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi semalam.

Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Moorthy yang sepatutnya menyalahkan diri sendiri dalam insiden rusuhan kuil dan bukannya meletakkan kesalahan itu pada pihak berkuasa.

"Salahkan polis akibat rusuhan di Kuil Seafield Subang. Kenapa tidak salahkan diri sendiri sebagai Menteri Perpaduan.

“Menyalahkan Polis bermakna (Moorthy) menyalahkan TS Muhyiddin (Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin). Sekali lagi Moorthy adalah ‘Failed Minister’ selepas isu ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum),” katanya dalam perkongsian di Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Polis nafi lambat bertindak]

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Menteri gesa siasatan penuh]

Mohd Puad berkata, Mahkamah sudah membuat keputusan, iaitu kuil kena pindah, bukankah tugas beliau lebih mudah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB']

Artikel Berkaitan: