Polis tingkat kawalan keselamatan di kedutaan Perancis

Rajab Ahad Ismail
Rajab Ahad Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kedutaan Perancis di Jalan Tun Razak di sini susulan isu kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, pihaknya kini mempertingkatkan kawalan keselamatan di kedutaan itu.

"Buat masa ni kita tak dedahkan (antara langkah diambil) untuk tujuan keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur telah dipanggil ke Wisma Putra bagi menyatakan kegusaran Malaysia terhadap peningkatan ketegangan, ucapan berunsur kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa pertemuan tersebut, Malaysia mengulangi pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan retorik dan provokatif yang mencemarkan nama baik Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil Kedutaan Perancis dipanggil ke Wisma Putra

Minggu lepas, Macron dilapor mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Kenyataan Macron dibuat sebagai respons kepada kejadian 16 Oktober lalu apabila seorang guru dipenggal kepalanya di luar sekolah selepas memaparkan kartun merujuk sebagai Nabi Muhammad SAW ketika mengendalikan subjek berkaitan kebebasan mengeluarkan pendapat.

Suspek utama remaja berusia 18 tahun bagaimanapun maut akibat ditembak polis selepas cuba melawan ketika ditahan.

Susulan itu, Macron dilaporkan media berikrar Perancis tidak akan menyerah kalah dalam isu kartun berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam laporan yang sama, Macron turut menyatakan pembunuhan guru tersebut yang dilakukan seorang remaja berketurunan Chechen itu terjadi 'kerana Islam mahukan masa depan mereka'.

ARTIKEL BERKAITAN: Hak bersuara yang menyinggung perasaan umat Islam

Presiden Perancis anggap negaranya diserang pengganas Islam