X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat Malaysia selamat gempa bumi di Turki, Greece

A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan secara langsung susulan gempa bumi di Turki dan Greece.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra juga memaklumkan berdasarkan laporan awal, warga Malaysia yang berada di Izmir selamat.

"Kementerian Luar sedang memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi kuat di Laut Aegea semalam yang memberi kesan buruk kepada bandar Izmir, Turki dan Pulau Samos, Greece.

"Kementerian mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Turki dan juga Greece atas kehilangan nyawa dan kecederaan akibat bencana tersebut," kata kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan empat terkorban manakala 120 lagi cedera apabila gempa kuat menggegar Laut Aegean di pantai barat Turki dan beberapa bahagian di Greece.

Media tempatan turut mengesahkan gegaran pada 7.0 magnitud mencetuskan gelombang tsunami berskala kecil di Seferihisar dan menyebabkan enam struktur runtuh.

Wisma Putra turut memaklumkan kepada rakyat Malaysia yang kini berada di Turki dan memerlukan bantuan boleh menghubungi kedutaan Besar Malaysia di Ankara atau Konsulat Jenaral di Istanbul.

"Rakyat Malaysia di Greece pula boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bucharest," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar kuat gegar Turki dan Greece


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!