620 ditahan dalam 321 Ops Mabuk di Johor

Ops Mabuk yang diadakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di sekitar Bandaraya Johor Bahru malam semalam.
Ops Mabuk yang diadakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di sekitar Bandaraya Johor Bahru malam semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 620 individu ditahan dalam 321 Ops Mabuk di seluruh Johor sejak awal Januari hingga 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 64 tahun terdiri daripada 601 lelaki dan 19 wanita.

Menurutnya, daripada jumlah tangkapan tersebut, seramai 608 individu sudah dituduh di mahkamah dan 620 kenderaan disita.

"Operasi berkenaan diadakan bagi mengesan pengguna jalan raya yang mengambil alkohol secara berlebihan ketika memandu.

"Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan ketika memandu menyumbang kepada kadar peningkatan kemalangan sehingga meragut nyawa seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan (kanan) meninjau Ops Mabuk yang diadakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di sekitar Bandaraya Johor Bahru malam semalam.
Ayob Khan (kanan) meninjau Ops Mabuk yang diadakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di sekitar Bandaraya Johor Bahru malam semalam.

Beliau berkata, selepas Akta Pengangkutan Jalan dipinda berkuat kuasa Jumaat lalu, seramai 25 individu ditahan dalam 17 Ops Mabuk yang diadakan dari 23 hingga 29 Oktober lalu.

"Mereka yang ditahan berusia 24 hingga 52 tahun terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah berkenaan seramai 19 individu sudah dituduh di mahkamah dan 25 kenderaan disita," katanya.

Ayob Khan berkata, pindaan akta sedia ada itu membawa hukuman lebih berat berbanding sebelum ini termasuk denda dan penjara lebih lama selain pengurangan had alkohol yang dibenarkan.

"Hanya 22 mikrogram alkohol dalam milimeter nafas, 50 miligram alkohol dalam 200 mililiter darah dan 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah air kencing dibenarkan," katanya.

Katanya, operasi mabuk akan diteruskan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan, tindakan tegas dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.