Pemuda UMNO jumpa Tengku Zafrul bincang isu akaun satu KWSP

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO dijangka mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam masa terdekat supaya mempertimbangkan semula kebenaran untuk mengeluarkan akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ramai rakyat menyampaikan keluhan dan keresahan yang dilalui ketika penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang memberi kesan langsung terhadap kehidupan.

Justeru, katanya, beliau meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan semula harapan rakyat yang amat berharap dapat mengeluarkan simpanan dan caruman mereka dalam akaun satu KWSP sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000.

“Cadangan kami supaya kerajaan memberikan kelonggaran pengeluaran tersebut hanya ketika rakyat dihimpit kesusahan ketika ini.

“Pengeluaran juga boleh dibenarkan secara beransur-ansur tidak sekali gus dan apabila situasi kembali pulih, pencarum boleh kembali digalakkan untuk menambah semula caruman mereka,” katanya melalui hantaran di Facebooknya malam tadi.

KERAJAAN WAJAR PERTIMBANG SEMULA BENARKAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP Mohon YAB Perdana Menteri dapat pertimbangkan semula...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Friday, October 30, 2020

Semalam, beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara bahawa kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan mengehadkan pengeluaran secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani pula berkata, kelonggaran bagi pengeluaran tersebut juga boleh membantu individu yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

Ia susulan kenyataan Muhyiddin kelmarin yang dilaporkan berkata, agak sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk digunakan rakyat yang kini berdepan pandemik Covid-19.

Menurutnya, beliau bimbang sekiranya langkah tersebut diambil, ia akan memberikan masalah lebih besar pada masa hadapan buat mereka yang telah mengeluarkan simpanan KWSP yang masih berbaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib minta kerajaan pertimbang lagi pengeluaran akaun 1 KWSP

Benarkan keluar wang KWSP elak pekerja pinjam ah long