Minta RM5,000, dua anggota polis ditahan SPRM

SPRM Cawangan Sandakan menahan dua anggota polis selepas disyaki meminta rasuah.
SPRM Cawangan Sandakan menahan dua anggota polis selepas disyaki meminta rasuah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan menahan dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal malam tadi selepas disyaki meminta rasuah sebanyak RM5,000.

Sarjan dan koperal yang masing-masing berusia 57 tahun dan 35 tahun itu dipercayai meminta wang sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap dua individu yang memiliki barangan terlarang.

Menurut sumber, kedua-dua anggota itu ditahan pada jam 9.50 malam tadi dalam satu operasi di sekitar Sandakan.

Sumber turut memberitahu, kedua-dua suspek pada 26 Oktober lalu dipercayai meminta rasuah daripada dua individu supaya mereka tidak dikenakan tindakan terhadap kesalahan memiliki barang terlarang.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua anggota polis terbabit di Sandakan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: