X

Kindly register in order to view this article
!

Kereta rempuh pagar Masjidil Haram

Anggota keselamatan menolak keluar kereta tersebut dari kawasan Masjidil Haram.
A
A

JEDDAH - Sebuah kereta merempuh pagar Masjidil Haram di Makkah awal hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Haramainfo dalam ciapannya di Twitter memaklumkan, insiden itu berlaku pada jam 10 pagi (waktu tempatan) di Pintu 89.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kereta tersebut dipandu laju sebelum merempuh pagar di lokasi kejadian.

Anggota keselamatan bergegas ke lokasi kejadian dan menutup kawasan tersebut.

Semua jemaah yang berada di kawasan tersebut dilaporkan selamat.

Pemandu kereta terbabit telah ditahan dan aktiviti di Masjidil Haram berjalan seperti biasa.

Setakat ini, pihak berkuasa Arab Saudi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!