X

Kindly register in order to view this article
!

Gambar hiasan. Foto 123rf.
A
A

Awang rasa Tan Sri Perdana Menteri buat keputusan yang betul tak lantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaannya. Jawatan TPM tak ada dalam Perlembagaan, ini amalan yang dimulakan oleh PM pertama kita dulu.

Selama ini pun susah kalau ada TPM. Ada kalanya TPM berlagak lebih sudu daripada kuah. Ada yang melawan tauke kata orang.

Tapi dengan melantik empat orang yang setara sebagai Menteri Kanan, senanglah Tan Sri Perdana Menteri buat kerja. Mereka akan patuh dan ikut cakap. Jamin tak ada konspirasi apa. Tan Sri Perdana Menteri boleh pastikan kesetiaan dan kerja kuat keempat-empat orang itu.

Jadi bila ada ura-ura nak lantik TPM, Awang rasa susah hati. Lebih-lebih lagi kerana yang menuntutnya ialah parti UMNO. Awang rasa Tan Sri Perdana Menteri tak perlu layan. Mereka dah jadi sebahagian kerajaan dah nasib baik. Takkanlah bagi betis nak paha.

UMNO pun berpecah pendapat siapa yang nak dicalonkan TPM. Presidennya tentulah mahukan dia jadi TPM. Tapi dia ada 48 kes mahkamah. Calon lain dengarnya ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Awang dengar pada peringkat akar umbi dah berbelah bagi nak sokong siapa. Awang nak ingatkan Tan Sri Perdana Menteri, kalau nak lantik juga TPM hak melantik ialah hak beliau. Beliau tak patut tunduk pada desakan sesiapa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!