Mencari ‘Kabinet Sempurna’

Perdana Putra. Gambar hiasan
Perdana Putra. Gambar hiasan
A
A
A

Awang terbaca juga pasal ‘Kabinet sempurna’. Ada yang kata, banyak yang tak kena dengan Kabinet sekarang. Macam ada kekurangan di mana-mana.

Ambil sahaja contoh cadangan darurat. Ada pandangan mengatakan, takkanlah begitu ramai menteri tak ada yang bersuara menolak cadangan perisytiharan darurat yang dicadangkan?

Itu perkara besar. Menteri Kewangan tentulah lebih tahu implikasi perisytiharan darurat. Dia orang bisnes. Takkan dia tak ingatkan Kabinet kesan buruk pada pelaburan, keyakinan pelabur dan pasaran saham? Mungkin juga dia orang baharu.

Yang lain macam mana? Takkanlah tak ada siapa yang memberikan pandangan yang berbeza? Takkan tak ada seorang yang kata, besar kemungkinan baginda Tuanku tak setuju. Apakah seluruh Kabinet membisu tanpa suara apabila cadangan itu dibawakan?

Raja-raja Melayu menolaknya. Apa pandangan rakyat pada Kabinet?

Awang rasa apa yang disebut ‘Kabinet Sempurna’ itu tak mungkin ada. Dalam mana-mana kerajaan pun tak ada Kabinet seperti itu. Jadi alasan nak wujudkan jawatan TPM oleh sebab nak betulkan Kabinet sekarang tak munasabah. Nak tukar anggota Kabinet supaya ada yang berani bersuara bukan masanya.

Awang setuju dengan pandangan bahawa bukan jumlah tapi kualiti ahli Kabinet yang penting.

Artikel Berkaitan: