Tiga sekolah di Samarahan diarah tutup bermula 2 November

Tiga buah sekolah di daerah Samarahan diarah tutup bagi tempoh 2 hingga 13 November ini, berikutan daerah Kuching yang terletak bersebelahan diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19. Foto 123RF
Tiga buah sekolah di daerah Samarahan diarah tutup bagi tempoh 2 hingga 13 November ini, berikutan daerah Kuching yang terletak bersebelahan diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19. Foto 123RF
A
A
A

KUCHING - Tiga buah sekolah di daerah Samarahan diarah tutup bagi tempoh 2 hingga 13 November ini, berikutan daerah Kuching yang terletak bersebelahan diisytiharkan sebagai zon merah Covid-19.

Dalam kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini, tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen, SMK Sg Tapang dan Sekolah Kebangsaan Wira Jaya.

“Penutupan tiga sekolah berkenaan adalah selaras dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung penutupan institusi pendidikan di zon merah di Kuching,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut sebanyak 16 kes baru positif Covid-19 dicatatkan hari ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 872. - Bernama

Artikel Berkaitan: