X

Kindly register in order to view this article
!

Lantikan JPKK di Perak selesai sepenuhnya

SAARANI
A
A

LENGGONG - Pelantikan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di semua 829 kampung di Perak selesai pada hujung September lalu.

Exco Pembangunan Luar, Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ahli JPKK terdiri daripada semua tiga parti dalam kerajaan iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, setiap JPKK dipengerusikan oleh penghulu mukim, manakala setiausaha pula merupakan kerani di pejabat penghulu mukim berkenaan.

"Kita mengambil format tiada ketua kampung sebaliknya hanya jawatankuasa sahaja yang terdiri tiga wakil parti bagi setiap kampung dengan dipengerusikan oleh penghulu mukim.

"Setiap kampung sekurang-kurangnya ada dua wakil parti dan semua kampung di negeri ini telah selesai membuat lantikan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan JPKK Daerah Kecil Lenggong di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Saarani berkata, kerajaan negeri menggunakan pakai format tersebut bagi mengurangkan politiking di peringkat pengurusan kampung.

Menurutnya, setiap ahli JPKK diberikan elaun bulanan sebanyak RM250 manakala peruntukan tahunan sebanyak RM5,000 diberikan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagi melancarkan gerak kerja JPKK di negeri ini, katanya, pihaknya akan mengadakan jelajah mengikut zon bagi memberi kefahaman tentang fungsi sebenar JPKK.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!