X

Kindly register in order to view this article
!

MDHS rangkul dua anugerah emas dalam RISTEx

Mohd Azhar menyampaikan penghargaan kepada wakil MDHS yang berjaya membawa pulang anugerah emas di pertandingan RISTEx yang diadakan bulan lalu.
A
A

HULU SELANGOR - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) merangkul dua anugerah emas pada pertandingan Regional Innovation Showcase on Team Excellence Showcase (RISTEx) Wilayah Selatan yang berlangsung bulan lalu.

MDHS menghantar dua pasukan terdiri daripada IT Crew dengan produk kamera solar pintar 2.0 dan Projek D dengan Sistem Sewaan secara Auto Debit dalam pertandingan tersebut.

Yang Dipertua MDHS, Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, beliau bangga dengan kejayaan tersebut dan produk yang dihasilkan menunjukkan komitmen tinggi warga MDHS dalam meningkatkan tadbir urus yang cekap dan berinovasi.

Pada masa sama, beliau mengingatkan kakitangannya untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menyelitkan elemen kreativiti dan inovasi dalam kerja seharian.

Mohd Azhar (tengah) menunjukkan anugerah emas yang dibawa pulang pasukan MDHS.
Mohd Azhar (tengah) menunjukkan anugerah emas yang dibawa pulang pasukan MDHS.

"Penghasilan projek inovasi bukanlah sekadar pertandingan semata-mata tetapi menjadi komitmen dan inisiatif bagi meningkatkan budaya kualiti di tempat kerja, menjimatkan kos, meningkatkan efisien dan memberi memberi manfaat kepada organisasi.

"Sebagai contoh, produk yang dihasilkan seperti produk kamera solar pintar 2.0 yang dicipta bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram, vandalisme dan kecurian.

"Sistem sewaan auto debit untuk meningkatkan kutipan hasil sewaan dalam pada masa yang sama dapat mengurangkan tunggakan sewaan di Hulu Selangor," katanya pada majlis penghargaan kepada pemenang yang diadakan baru-baru ini.

Kejayaan tersebut melayakkan pasukan itu ke Annual Productivity and Innovation Conference & Exposition (APIC) yang akan diadakan pada 17 hingga 19 November depan.

Terdahulu, program RISTEx telah diadakan selama dua hari bermula 22 September lalu yang mana penganjurannya tidak dapat dilaksanakan secara fizikal susulan pandemik Covid-19 memaksa format pertandingan turut diubah.

Peserta dikehendaki menyediakan video penerangan berkaitan produk kepada penganjur, seterusnya pada sesi yang lain peserta diberikan penilaian oleh juri melalui sesi soal jawab secara atas talian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!