Selangor peruntuk RM6 juta untuk Program Food Bank

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memperuntukkan RM6 juta untuk Program Food Bank Selangor yang akan dilaksanakan ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu sebagai satu usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin bandar di sekitar Selangor.

"Kekurangan dan ketidakseimbangan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak menjadi isu yang perlu diberikan perhatian.

"Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara mendapati sebanyak 33 peratus kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami masalah pertumbuhan terbantut dan kekurangan nutrisi," katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut memperkenalkan Program Food Bank Kanak-Kanak yang menyasarkan golongan kanak-kanak di bawah enam tahun dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah B40.

"Sebanyak RM1 juta daripada peruntukan Program Food Bank Selangor akan dikhususkan untuk tujuan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: