Covid-19: 779 kes baharu, tiga kematian

Dr Noor Hisham -Foto Bernama
Dr Noor Hisham -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 799 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 636 atau 79.6 peratus daripadanya adalah di Sabah serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 466 kes dikesan di Sabah manakala Selangor 150 kes, Kuala Lumpur 19 kes dan Putrajaya satu kes.

Dalam pada itu, Labuan mencatatkan 65 kes, Pulau Pinang (35), Negeri Sembilan (23), Sarawak (16), Perak (10), Johor (sembilan) dan Kedah (lima).

Katanya, jumlah kes pulih yang dilaporkan pula ialah 491 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih Covid-19 ialah 20,248 kes, iaitu 65.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 30,889 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,392 kes,” katanya pada sidang akhbar perkembangan situasi Covid-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 29 kes daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan dengan kluster daripada penjara iaitu Kluster Penjara Reman 20 kes, Kluster Penjara Kepayan (enam) dan Kluster Tembok (tiga).

Katanya, sehingga kini terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, hari ini terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19, kesemuanya di Sabah.

Artikel Berkaitan:

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.- Bernama