X

Kindly register in order to view this article
!

Guru KAFA Selangor bakal nikmati caruman Perkeso

Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor ini bakal menikmati caruman kepada Perkeso apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM1.1 juta sebagai caruman majikan. Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor ini bakal menikmati caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) apabila kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM1.1 juta sebagai caruman majikan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu akan memberi manfaat kepada 4,200 orang guru KAFA di Selangor.

"Kerajaan negeri amat cakna dan prihatin dengan perkhidmatan guru KAFA yang menyumbang bakti mendidik anak-anak dengan didikan agama.

"Kita sentiasa komited untuk memantapkan kemajuan institusi agama Islam demi kesejahteraan ummah di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Terdahulu, kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM377.77 juta untuk tahun 2021 bagi memantapkan kemajuan institusi agama Islam demi kesejahteraan ummah di negeri ini.

Peruntukan itu termasuk inisiatif caruman Perkeso kepada guru-guru KAFA, peruntukan mengurus Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), peruntukan pembangunan JAIS, peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan juga peruntukan membaik pulih masjid dan surau di seluruh ngeri Selangor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!