Penjawat awam Selangor terima insentif setengah bulan gaji

Amirudin mengumumkan pemberian BKK pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Shah Alam hari ini.
Amirudin mengumumkan pemberian BKK pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) menerusi insentif setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian tersebut bakal melibatkan implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM16.5 juta dan akan mula dibayar pada 29 Disember ini.

Beliau berkata, insentif tersebut adalah bagi menghargai usaha serta komitmen penjawat awam di Selangor dalam memakmurkan negeri ini.

"Sukacita saya mengumumkan BKK kedua kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah di negeri ini," katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Pada BKK pertama, kerajaan Selangor mengumumkan pemberian RM1,000 secara sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang mula disalurkan pada 9 Jun lalu.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan mewujudkan kembali bantuan khairat kematian kepada waris warga emas yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dengan nilai sebanyak RM500.

Artikel Berkaitan: