Korban akibat taufan di Filipina cecah 22 orang

Foto Erik De Castro/AFP/Getty Images
Foto Erik De Castro/AFP/Getty Images
A
A
A

MANILA - Angka korban akibat Taufan Molave ​​kini meningkat kepada 22 orang dengan satu lagi bencana ribut diramal melanda Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) dalam laporan terkini mengatakan empat masih hilang dan 39 lagi cedera selepas Molave membadai Filipina dari Ahad hingga Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Taufan Molave, taufan tropika ke-17 membadai Filipina tahun ini, menyebabkan lebih 775,513 penduduk di 2,469 kampung di tujuh wilayah pulau Luzon dan tengah Filipina hilang tempat tinggal, selain mencetuskan banjir serta dan tanah runtuh awal minggu ini.

Agensi itu mengatakan lebih 16,000 penduduk terjejas kini tinggal di 150 pusat pemindahan atau dengan saudara-mara.

Taufan Molave ​​membadai pantai timur negara itu pada Ahad malam, disusuli hujan lebat dan angin kencang.

Filipina masih terkesan akibat bencana banjir dicetuskan ribut tropika Saudel, yang membadai negara ini minggu lalu.

Sementara itu, PAGASA, biro cuaca negara itu, berkata pada Jumaat Filipina siap siaga menghadapi Taufan Goni yang diramal melanda pantai timur pulau Luzon pada Ahad malam atau Isnin pagi.

Kira-kira 20 taufan dan ribut tropika membadai Filipina setiap tahun.

Artikel Berkaitan:

Filipina kehilangan 463 bilion peso (kira-kira AS$9.56 bilion) akibat bencana alam dari 2010 hingga 2019, lapor Lembaga Statistik Filipina pada Rabu. - Bernama