X

Kindly register in order to view this article
!

Ribut: 134 mangsa terjejas di Kuantan

Bumbung rumah yang rosak dalam kejadian ribut di Indera Mahkota 2, Kuantan malam tadi.
A
A

KUANTAN - Seramai 134 mangsa daripada 36 keluarga terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat di sekitar kawasan perumahan Indera Mahkota 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima sebanyak 37 laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kejadian dilapor berlaku antara jam 8 hingga 9 malam menyebabkan kejadian pokok tumbang dan kerosakan bahagian bumbung 37 rumah di kawasan perumahan tersebut.

"Bagaimanapun, tiada sebarang pusat pemindahan sementara dibuka. Semua mangsa masih tinggal di rumah dan ada yang menumpang di rumah keluarga atau ibu bapa," katanya.

Menurutnya, bantuan turut dihulurkan pelbagai pihak bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu Mohamad Noor berkata, dalam kejadian itu juga, seorang remaja dilaporkan cedera parah akibat dihempap dahan pokok ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Indera Mahkota 2, di sini malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja cedera parah dihempap dahan pokok

Terkejut bunyi dentuman kuat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!