Leicester City mahu pergi lebih jauh

Vardy ketika bersaing dengan pemain pertahanan AEK, Stratos Svarnas (tengah) semasa aksi di Athens.
Vardy ketika bersaing dengan pemain pertahanan AEK, Stratos Svarnas (tengah) semasa aksi di Athens.
A
A
A

PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy percaya The Foxes sudah bersedia untuk mengatasi pencabar Eropah lain dalam saingan Liga Europa selepas membantu kemenangan 2-1 kelab itu ke atas AEK Athens di Stadium Olimpik Athens.

“Kami percaya kami boleh melangkah jauh dalam saingan Liga Europa musim ini. Dalam setiap perlawanan kami akan memberikan komitmen dan aksi terbaik 100 peratus supaya kami boleh mengalahkan setiap lawan.

“Kelab ini tidak mempunyai skuad besar tetapi kami meraih kemenangan dengan cara bermain dengan baik. Kami mengekalkan konsisten dengan gaya permainan seperti dibuktikan hari ini

“Kami lebih baik pada babak pertama, namun apabila AEK Athens mendapat gol mereka mula memberikan sedikit tekanan kepada kami, tetapi kami bertahan sangat baik,” katanya.

Ini kemenangan kedua dilakar skuad kendalian Brendan Rodgers itu di peringkat kumpulan G selepas mengatasi FK Zorya Luhansk pada 22 Oktober lalu sekali gus mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah.

Pada perlawanan itu, Vardy terlebih dulu meletakkan pelawat di depan pada minit ke-18 diikuti jaringan minit ke-39, Hamza Choudhury melebarkan jurang jaringan sebelum tuan rumah merapatkan kedudukan pada minit ke-59 menerusi Muamer Tankovic.

Tambah menarik, gol minit ke-18 penyerang berusia 33 tahun dan 292 hari itu menjadi pemain tertua The Foxes meledak jaringan di peringkat Eropah mengatasi rakan sepasukan Wes Morgan dengan rekod 240 hari sebelum ini.

Sementara itu, pengendali The Foxes, Brendan Rodgers memuji sikap yang dipamerkan pemain-pemainnya untuk mendapatkan kemenangan setelah tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Tankovic.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya ia semua berkait dengan mentaliti yang hebat dan usaha yang hebat oleh pemain-pemain Leicester City. Tuan rumah mempunyai sedikit momentum pada babak kedua jadi kami harus bekerja dengan lebih kuat dan saya bangga kami melakukannya dengan sangat baik,” katanya.