X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin

Muhyiddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh hari ini. - Foto Bernama
A
A

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Haji Muhammad Yassin yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di Bandar Universiti Pagoh di sini.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh tiba di masjid berkenaan pada jam 12.50 tengah hari dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru muda.

Masjid yang dibina dengan kos RM39.8 juta di atas kawasan seluas 4.73 hektar itu mengambil sempena nama bapa Muhyiddin yang merupakan guru agama terkenal di daerah Muar iaitu Allahyarham Muhammad Yassin Mohamad.

Masjid yang mampu memuatkan kira-kira 3,500 jemaah itu mula dibina pada 4 April 2016 dan ia merupakan kali pertama solat Jumaat diadakan di masjid berkenaan.

Pelbagai kemudahan disediakan di masjid itu, termasuk Laman Islam dan lapan unit kuarters untuk imam, bilal dan siak. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!