X

Kindly register in order to view this article
!

Lukisan mural tarikan baharu Seremban

Zazali cuba mewarna lukisan mural di dinding Jalan Yam Tuan di sini.
A
A

SEREMBAN - Lukisan mural sepanjang 152 meter yang sedang disiapkan di Jalan Yam Tuan di sini, bakal menjadi tarikan baharu pelancongan di Seremban.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Salehudin berkata, projek berkenaan yang bermula pada 19 Oktober lalu itu dijangka siap pada hujung November ini dengan melibatkan kos keseluruhan RM150,000.

"Seramai lima pelukis utama terlibat dalam menyiapkan sebanyak 40 mural di bahagian dinding di Jalan Yam Tuan ini dan dibantu oleh kakitangan MBS.

"Bagi saya lukisan mural ini akan jadi tarikan baharu kepada pelancong sekali gus mengindahkan pemandangan di Seremban," katanya ketika ditemui selepas melawat lokasi berkenaan, hari ini.

Selain itu katanya, pemilihan jenis mural pula dibuat berdasarkan tema Hari Kebangsaan dan keunikan pelbagai kaum yang memberikan mesej tertentu.

Beliau berkata, bukan sahaja di kawasan Seremban, malah usaha sama dilakukan di kawasan Nilai yang turut berada dalam kawasan MBS.

"Dengan adanya lukisan mural ini secara tidak langsung dapat memberi imej baharu kepada kawasan Seremban dan paling menarik mural di sini mempunyai tulisan graviti yang dilukis di laluan protokol.

"Ini mengangkat martabat tulisan graviti yang sering digambarkan tulisan yang mencemarkan kecantikan bandar. Seremban merupakan 'old town'. Oleh itu, melalui inspirasi graviti ini akan menarik golongan muda menjalankan aktiviti dalam bandar," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!