Tiga sekolah agama di Johor Bahru ditutup

Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.
Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, Sekolah Agama Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 November manakala Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 November.

“Penutupan Sekolah Agama Bandar, di sini, melibatkan 17 orang guru, lima orang kakitangan sokongan dan 1,387 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas.

“Manakala penutupan Sekolah Agama FRU yang terletak di Kuarters Polis Depoh, di sini, melibatkan empat guru dan 189 orang murid darjah satu hingga enam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagi Sekolah Agama Taman Universiti 1 pula Tosrin berkata, ia membabitkan 1,176 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas, 21 orang guru dan empat kakitangan.

Menurut beliau, ketiga-tiga sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan hari ini berkata, Daerah Johor Bahru telah dilaporkan sebagai kawasan zon merah sejak semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: