Lelaki ditemui berlumuran darah

Kesan darah ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih, Kajang hari ini.
Kesan darah ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih, Kajang hari ini.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah rumah di Taman Tasik Semenyih, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia lingkungan 30 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan di belakang kepala pada jam 6.10 pagi.

"Mangsa telah dibawa ke hospital dan masih dirawat, dia tidak dapat memberikan keterangan berhubung kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, berdasarkan keadaan tempat kejadian dan motosikalnya, pihak polis percaya mangsa seolah-olah terbabas.

"Siasatan polis menjurus ke arah dua elemen sama ada terdapat perlakuan jenayah ataupun kejadian berpunca daripada kemalangan," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Farah Dayana di talian 0196575226 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: