Saksi kemalangan maut diminta tampil

Seorang pejalan kaki dipercayai gelandangan ditemui maut membabitkan kejadian langgar lari di Jalan Sungai Air Tawar di sini awal pagi semalam.
Seorang pejalan kaki dipercayai gelandangan ditemui maut membabitkan kejadian langgar lari di Jalan Sungai Air Tawar di sini awal pagi semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Polis meminta orang awam yang menyaksikan kemalangan maut membabitkan kejadian langgar lari di Jalan Sungai Air Tawar di sini awal pagi semalam tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.45 pagi itu mengakibatkan mangsa yang dipercayai gelandangan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen ditemui.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan raya dan disyaki dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum lagi dikenal pasti kerana tiada sebarang kesan pecahan kenderaan di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

"Proses bedah siasat dilakukan selepas mangsa menjalani ujian Covid-19.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Katanya, saksi diminta menghubungi balai polis berhampiran atau memaklumkan kepada pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Artikel Berkaitan: