Jangan cabar Covid-19, anda bukan Zlatan!

Zlatan Ibrahimovic. - Foto goal.com
Zlatan Ibrahimovic. - Foto goal.com
A
A
A

PENYERANG AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, yang baru pulih daripada jangkitan Covid-19, menggesa orang ramai untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam membantu mengekang penularan pandemik berkenaan.

Gesaan bekas pemain kebangsaan Sweden itu telah dimuat naik di laman web dan akaun media sosial wilayah Lombardy yang ketika ini mengalami peningkatan penularan Covid-19 dengan begitu ketara.

Menurut penyerang berusia 39 tahun itu, biarpun gesaan itu dibuat dengan gaya tidak sopan, orang ramai diharap dapat sentiasa menghormati jarak fizikal selain sentiasa memakai pelitup muka.

"Virus ini mencabar saya dan saya telah menang. Tetapi anda bukan Zlatan, jangan mencabar virus tersebut.

"Gunakanlah kebijaksanaan anda dengan menghormati peraturan; jaga jarak dan gunakanlah pelitup muka selalu! Kita akan menang peperangan Covid-19 ini!" kata Zlatan.

Difahamkan, video tersebut disiarkan di laman web dan akaun media sosial wilayah Lombardy yang menyaksikan peningkatan kes Covid-19.

Untuk rekod, Zlatan kini adalah penjaring terbanyak Serie A dengan enam gol; walaupun telah disisihkan dalam dua perlawanan akibat didapati positif Covid-19, September lalu.

Sementara itu Zlatan turut mengajak orang ramai untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha memerangi penularan wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan penularan wabak ini dapat dibendung,” katanya.

Untuk rekod, Ibrahimovic adalah salah seorang bintang bola sepak dunia yang disahkan positif sejak penularan wabak berkenaan mulai Februari dan Mac tahun ini.

Antara pemain lain yang disahkan positif adalah bintang Juventus dari Portugal, Cristiano Ronaldo dan juga Neymar (Paris St Germain/Brazil).