K · FISH Korea Selatan komited dapatkan sijil halal di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

Seiring dengan pasaran produk halal yang berkembang pesat di peringkat global, K·FISH turut berusaha untuk memastikan produknya memiliki Pensijilan Halal.

K·FISH yang ditubuhkan pada Jun 2018 telah menembusi pasaran Malaysia sejak dua tahun lalu perlu memiliki pensijilan halal bagi memastikan masyarakat muslim di Malaysia merasa selamat menggunakan produk makanan laut Korea Selatan.

Pengarah Urusan Pusat Sokongan Perdagangan Makanan Laut K·FISH di Kuala Lumpur, Lee Dong Jun berkata, pada awalnya pengeluar Korea Selatan tidak menyedari betapa pentingnya memiliki sijil halal di pasaran Malaysia.

“Setelah berada di pasaran Malaysia selama dua tahun setengah, kami telah melakukan kajian pasaran dan mendapati trend pengguna Muslim hanya akan membeli produk kami jika mempunyai label halal.

“Sejak itu, banyak pengeluar Korea Selatan berusaha mendapatkan sijil halal kerana untuk jualan produk yang lebih baik di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, produk makanan laut Korea Selatan yang diimport di Malaysia ketika ini adalah produk mesra Muslim tetapi tidak halal.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:



Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan tahun 2018 ketika pertama kali pihaknya menubuhkan Pusat Sokongan Perdagangan Makanan Laut K·FISH di Malaysia, produk yang disahkan halal menunjukkan peningkatan.

“Kami berusaha keras untuk mempromosikan produk makanan laut Korea Selatan di Malaysia dan kami juga berusaha sebaik mungkin untuk mempromosikan kepentingan pensijilan halal kepada semua pengilang Korea Selatan.

“Oleh itu, kami berhasrat untuk membawa seberapa banyak jenis produk makanan laut Korea Selatan ke Malaysia dan berharap semua rakyat di Malaysia dapat mencubanya,” katanya.

Terdapat beberapa produk yang telah mendapat pengesahan Halal antaranya Sosej Ikan Jinju Ham (Perisa Tteokbokki, Keju, Original), Mackerel Snack with Laver (Soy Sauce dan Spicy Flavour) dan beberapa produk rumpai laut.

K·FISH adalah jenama eksport nasional oleh Kementerian Laut dan Perikanan Korea Selatan. Produk yang berlabel K·FISH adalah produk yang telah melalui pemeriksaan teliti oleh pemerintah Korea untuk memastikan produk yang dieksport dari Korea Selatan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

K·FISH Kuala Lumpur Seafood Trade Support Center adalah salah satu daripada 10 pusat sokongan di seluruh dunia yang bertujuan untuk membantu pengimport tempatan yang berminat dengan produk makanan laut Korea.

Mereka akan melayani dan memberikan bantuan kepada mana-mana pengimport tempatan yang berminat untuk mengimport produk makanan laut Korea.

Buat mereka yang berminat dan ingin mengetahui bagaimana cara membawa produk makanan laut Korea, anda boleh menghubungi kfishklmy@gmail.com.