X

Kindly register in order to view this article
!

Ambil masa 4 jam potong pokok mangga 70 tahun

Anggota APM Daerah Pasir Puteh 'bermandi' peluh selama empat jam untuk membersihkan sebatang pokok mangga berusia lebih 70 tahun yang menghempap sebuah rumah di Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh.
A
A

PASIR PUTEH - Lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh 'bermandi' peluh selama empat jam untuk membersihkan sebatang pokok mangga berusia lebih 70 tahun yang menghempap sebuah rumah di Kampung Telaga Papan, Semerak dekat sini hari ini.

Dalam kejadian ribut dan hujan lebat pada jam 6.30 petang semalam itu menyebabkan pokok mangga berkenaan tumbang lalu menghempap bumbung kediaman Sahidi Awang Teh, 55.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku apabila mangsa dan keluarga berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, kejadian pertama kali berlaku menyebabkan mereka berdepan tugas sukar untuk tahun ini selain merupakan pokok terbesar yang pernah diuruskan oleh APM Pasir Puteh.

APM Pasir Puteh berdepan tugas sukar untuk tahun ini kerana pokok terbesar yang pernah diuruskan mereka.
APM Pasir Puteh berdepan tugas sukar untuk tahun ini kerana pokok terbesar yang pernah diuruskan mereka.

"Saya berterima kasih kepada seluruh anggota yang tetap kental menggalas tanggungjawab walaupun ia bukan tugas mudah.

"Saiz batang pokok yang agak besar memerlukan daya tumpuan tinggi dan perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko terutama melibatkan kerosakan yang lebih teruk terhadap rumah mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selain pokok mangga operasi hari ini turut melibatkan lima batang pokok lain yang menghempap rumah penduduk.

Beliau berkata, kejadian ribut di Kampung Telaga Papan itu menyebabkan 30 buah rumah rosak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!