Mesyuarat MT UMNO: Spekulasi bakal terjawab malam ini

Reezal Merican tiba kira-kira jam 9 malam untuk menyertai Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC di Kuala Lumpur malam ini.
Reezal Merican tiba kira-kira jam 9 malam untuk menyertai Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC di Kuala Lumpur malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Spekulasi UMNO akan memilih calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) bakal terjawab selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Mesyuarat yang bermula jam 8.30 malam tadi dijadualkan berakhir selepas dua jam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut kira-kira jam 8 malam.

Bagaimanapun, ketibaan beliau tidak dirakam media yang berkumpul di hadapan pintu masuk utama Menara Dato' Onn kerana dikatakan masuk ke bangunan menerusi pintu di laluan tempat kenderaan.

Antara yang dilihat memasuki bangunan ialah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, sumber berkata, antara perkara yang mungkin dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah perkembangan politik semasa termasuk jawatan TPM.

ARTIKEL BERKAITAN: MT UMNO mesyuarat lagi malam ini

Hishammuddin nafi mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri

Artikel Berkaitan: