Gaduh kerana hutang basikal RM30

Kesemua lelaki warga Myanmar ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kesemua lelaki warga Myanmar ditahan reman untuk siasatan lanjut.
A
A
A

BUTTERWORTH - Enam lelaki warga Myanmar ditahan kerana bergaduh di hadapan sebuah rumah di Kampung Bagan Dalam, di sini pagi tadi dipercayai berpunca daripada hutang membeli basikal yang hanya sebanyak RM30.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun menjual basikal berharga RM30 kepada suspek tiga bulan lalu.

Menurutnya, suspek memulangkan semula basikal tersebut kepada mangsa selepas mendakwa basikal tersebut telah rosak lalu meminta semula wangnya.

"Mangsa yang tinggal di Bukit Mertajam datang ke kawasan rumah suspek untuk berjumpa dengannya bagi membayar semula wang RM30 yang telah lama diminta suspek. Namun, ketika sampai di lokasi kejadian, suspek memarahinya lalu menumbuk mangsa di muka.

Kesemua lelaki warga Myanmar ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kesemua lelaki warga Myanmar ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Mangsa juga merampas pisau yang dibawa suspek lalu menghayun ke kepala suspek serta menumbuk muka suspek. Rakan-rakan suspek yang berada di lokasi kejadian ketika turut memukul mangsa," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, susulan daripada itu, polis menahan kesemua mereka yang terlibat selepas 10 minit kejadian itu setelah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun dan bekerja sebagai buruh, pekerja kontrak serta tukang rumah.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan mendapati, semua warga asing tersebut mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) namun ia agak mencurigakan. Siasatan akan dijalankan terhadap pemilikan kad tersebut," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

"Susulan daripada kejadian itu, mangsa mengalami luka di bibir, sakit dada serta lebam di pipi kanan. Suspek pula luka di kepala dan bibir manakala rakannya luka di jari tangan.

"Kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Kepala Batas dan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.