X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan Selangor 2021 dibentang esok

Belanjawan Selangor 2021 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DUN) bermula pada jam 3 petang esok.
A
A

SHAH ALAM - Belanjawan Selangor 2021 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DUN) bermula pada jam 3 petang esok.

Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada lima tonggak utama.

"Belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada lima tonggak iaitu pertanian, pelancongan dan agropelancongan; kesihatan Awam dan bandar berdaya huni; usahawan mikro, digitalisasi dan kemiskinan bandar; penciptaan kekayaan; dan industri kreatif.

"Rakyat Selangor boleh mengikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2021 menerusi laman sesawang www.amirudinshari.com/selangor2021 ataupun melayari www.selangortv.my," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor akan dijalankan seperti biasa mengikut Prosedur Operasi Standard(SOP) yang ditetapkan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Sue Lim berkata, bagaimanapun tempoh perjalanan sidang DUN ini belum ditetapkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!