Pengajaran berguna buat Juventus

Reaksi Demiral selepas menerima kad kuning kedua semasa aksi Juventus menentang Barcelona di Turin.
Reaksi Demiral selepas menerima kad kuning kedua semasa aksi Juventus menentang Barcelona di Turin.
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Andrea Pirlo melihat kekalahan 0-2 kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara di laman sendiri awal pagi tadi sebagai pengalaman berguna kepada pemainnya.

Menurutnya, kekalahan tersebut membantunya untuk melihat kembali kelemahan yang dimiliki pasukannya selain tidak mahu menyalahkan pemain di sebalik keputusan tersebut.

“Kami sedar ia akan menjadi sukar untuk berdepan pasukan yang bermain dengan baik dan berpengalaman beraksi di tahap ini sedangkan kami masih dalam pembikinan.

“Pada akhirnya, ia satu perlawanan yang berguna untuk kami berkembang dan meningkat pada masa akan datang.

“Saya harap akan ada ramai pemain kembali selepas ini kerana saya tiada banyak pilihan dan pemain yang saya pilih terpaksa beraksi selama 90 minit sebanyak dua kali seminggu.

“Ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka, terutama apabila mereka masih muda dan tidak berpengalaman,” katanya.

Dalam perlawanan itu, The Old Lady bermain hambar apabila gagal mencatatkan sebarang percubaan ke gawang gergasi Sepanyol berkenaan selain seorang pemainnya Merih Demiral dibuang padang susulan kad kuning kedua.

Artikel Berkaitan: