56,699 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seramai 56,699 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lalu sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesemua mereka ditempatkan di 65 hotel serta 17 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 9,523 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 individu dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Seramai 46,795 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata seramai 549 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Katanya,daripada jumlah itu seramai 547 individu dikompaun manakala dua lagi direman.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPB termasuk tidak memakai pelitup muka (188), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (154), penjarakan fizikal (79), premis beroperasi lebih masa (34), aktiviti di pusat hiburan (9) dan lain-lain (85).

Mengulas mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin selain membendung penularan wabak COVID-19, beliau berkata seramai 14 warga asing ditahan dan enam kenderaan darat serta satu bot dirampas semalam.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 291 sekatan jalan raya turut dilaksanakan semalam," katanya. - Bernama