X

Kindly register in order to view this article
!

Aksi terbaik Barcelona

Messi ketika cuba melepasi pemain Juventus, Alvaro Morata dan Rodrigo Bentancur pada aksi Liga Juara-Juara di Turin.
A
A

PENGENDALI Barcelona, Ronald Koeman memuji persembahan yang dipamerkan pemainnya ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Allianz.

Menurutnya, pemain menunjukkan reaksi positif untuk bangkit daripada kekalahan kepada seteru utama mereka, Real Madrid dalam aksi La Liga baru-baru ini.

“Ini adalah permainan terbaik kami musim ini. Ia adalah kemenangan besar menentang sebuah pasukan gergasi Eropah. Kami berjaya bermain dengan corak permainan yang kami mahukan.

“Saya meletakkan hanya tiga pertahanan di belakang dan menolak salah seorang ke bahagian tengah untuk memberikan lebih kekuatan di bahagian tersebut. Kami berjaya mencipta banyak peluang dan secara jujurnya kami boleh menang dengan jaringan lebih besar.

KOEMAN
KOEMAN

“Saya sangat gembira dengan permainan yang ditunjukkan terutama dengan karakter setiap pemain saya,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Ousmane Dembele membuka tirai jaringan buat Barcelona pada minit ke-14 sebelum Lionel Messi memastikan tiga mata berharga menerusi gol penalti di penghujung perlawanan.

Dalam pada itu, pertahanan Barcelona, Sergi Roberto percaya pasukannya itu perlu mengekalkan tahap konsisten untuk terus mencipta kemenangan dalam perlawanan akan datang.

“Kami mahu menjadi pasukan yang dapat mendominasi dalam setiap perlawanan. Kami mempunyai jurulatih baharu yang mempunyai visi jelas dan ini akan menjadikan pasukan kami bertambah baik.

“Untuk mendapatkan enam mata daripada dua perlawanan adalah sangat penting. Memang hanya dua gol dalam kemenangan ini tetapi ia cukup bermakna.

“Ada beberapa peluang yang gagal kami sudahkan dengan baik tetapi ia perkara biasa dalam setiap perlawanan. Perkara paling utama adalah kami terus mencipta permainan yang baik,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!