X

Kindly register in order to view this article
!

215 pelbagai agensi terlibat PKPD Plaza Hentian Kajang

Najmuddin memberi maklumat terkini perkembangan PKPD di Plaza Hentian Kajang.
A
A

BANGI - Seramai 215 kakitangan pelbagai agensi terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian Kajang sejak semalam hingga 10 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain berkata, daripada jumlah itu seramai 93 kakitangan terlibat dalam operasi saringan Covid-19 di kawasan itu.

"Perkembangan mengenai jumlah kes dan penghuni yang menjalani saringan di kawasan tersebut hanya akan dimaklumkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah atau Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, di sini hari ini.

Najmuddin berkata, anggota polis pula bertanggungjawab melaksanakan kawalan di kawasan itu dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau berkata, kenderaan yang membawa barangan keperluan pula boleh keluar masuk dengan kebenaran PDRM dan pejabat agensi kerajaan serta swasta di kawasan tersebut ditutup sepanjang tempoh PKPD.

Tambahnya, penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD dan majikan perlu membenarkan individu berkenaan bekerja dari rumah.

Bagaimanapun katanya, kedai pembekalan barangan asas dan runcit dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 2 petang tetapi hanya

ketua keluarga atau seorang wakil dari sebuah rumah sahaja dibenarkan membeli barangan keperluan.

"Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya tidak dibenarkan manakala rumah ibadat, tadika, taska, pusat jagaan kanak-kanak, pusat rekreasi, taman permainan juga ditutup," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan bersasar kepada penduduk terjejas di kawasan tersebut.

"Kerajaan negeri akan memberi bantuan 'food basket' kepada penduduk dan akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

"Pengumpulan sumbangan barangan oleh pemimpin dan badan bukan kerajaan perlu diselaraskan melalui jawatankuasa sama dan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah," katanya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian Kajang bermula semalam hingga 10 November susulan peningkatan kes positif di kawasan terbabit.

Beliau memaklumkan seramai 7,500 penduduk di kawasan berkenaan terbabit dengan perlaksanaan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!