X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan 2021: Bantu golongan tersasar

Howard Lee - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyarankan kepada kerajaan pusat dan negeri supaya pembentangan Belanjawan 2021 mampu menyelesaikan situasi mencemaskan dan melemaskan rakyat terutama dalam soal kesihatan dan ekonomi.

Ketuanya, Howard Lee berkata, kerajaan juga perlu mencari formula terbaik bagi membantu golongan tersasar dengan memberikan fokus kepada mereka agar masalah yang dihadapi dapat diselesikan.

"Untuk mengetahui siapa golongan tersasar ini, kita perlu faham konteks tahap cabaran yang dihadapi dan keadaan semasa ekonomi ketika ini. Kalau kita lihat pada suku pertama 2020, ekonomi Malaysia meningkat satu peratus tetapi memasuki suku kedua ia menguncup 17.2 peratus dan jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand, kita lebih terkesan.

"Jika perbandingan dibuat, penguncupan ekonomi ini lebih teruk berbanding dengan krisis ekonomi 1998. Ekoran daripada itu, isu besar yang dapat kita lihat di media sosial terutama anak muda ialah soal pengangguran," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 204 bertajuk Bajet 2021: Apa Anak Muda Mahu? di Dewan Karangkraf, di sini kelmarin.

Dari kiri: Herleena Pahlavy selaku moderator; Ketua Armada Bersatu, Senator Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal; Ketua  DAPSY, Howard Lee dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Dr Mohd Mursyid Arshad pada Wacana edisi ke-204 yang membicarakan topik Bajet 2021: Apa Anak Muda Mahu? di Dewan Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dari kiri: Herleena Pahlavy selaku moderator; Ketua Armada Bersatu, Senator Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal; Ketua DAPSY, Howard Lee dan Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Dr Mohd Mursyid Arshad pada Wacana edisi ke-204 yang membicarakan topik Bajet 2021: Apa Anak Muda Mahu? di Dewan Karangkraf. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata, pengangguran yang dihadapi oleh Malaysia ketika ini lebih teruk jika dibandingkan dengan 30 tahun lepas.

"Benar jumlah tersasar ini besar tetapi daripada jumlah tersebut golongan anak muda paling teruk terjejas. Ia memberi kesan kepada ekonomi dan kesihatan mental mereka. Ini perlu mendapat perhatian semua pihak.

"Dalam keadaan kutipan cukai kerajaan menurun disebabkan banyak perniagaan terjejas, pengangguran negara meningkat dan kesihatan mental rakyat menurun. Kita bimbang ia memberi kesan buruk kepada anak muda ini," katanya.

Mengulas lanjut, Howard meminta supaya semua pihak menolak perbezaan politik dan turut bersama-sama menyumbang idea serta dapat bekerjasama antara satu sama lain.

"Ini masanya untuk kita menolak perbezaan kerana ada perkara lebih besar perlu mendapat perhatian pemegang taruh," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!