Pusat hiburan beroperasi ketika PKPB diserbu

Polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam tadi kerana didapati beroperasi dalam tempoh PKPB.
Polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam tadi kerana didapati beroperasi dalam tempoh PKPB.
A
A
A

KOTA KINABALU - Empat individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan dan minum di premis terbabit ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kompaun itu dikenakan selepas pihaknya melakukan pemantauan Ops Covid-19 PKPB di sekitar Kota Kinabalu malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan bermula jam 9.35 malam di beberapa lokasi termasuk di Jalan Lintas, Lintas Square dan Luyang.

"Pemeriksaan mendapati masih terdapat pusat hiburan yang sedang beroperasi dan beberapa orang pelanggan sedang berhibur serta minum minuman beralkohol.

"Kita menahan tiga lelaki dan seorang wanita kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan serta minum di premis berkenaan yang merupakan satu kesalahan kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) PKPB," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam tadi kerana didapati beroperasi dalam tempoh PKPB.
Polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu malam tadi kerana didapati beroperasi dalam tempoh PKPB.

Habibi berkata, empat individu berusia 37 hingga 41 tahun dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 8), Peraturan 10 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11.

Habibi turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ketika PKPB dikuatkuasakan ketika ini.

Artikel Berkaitan:

"Tahap pematuhan masyarakat terhadap SOP dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah menjadi penentu kejayaan PKPB.

"Jika ada individu melakukan sesuatu kesalahan, kita akan diambil tindakan dengan segera," katanya.