Johor hantar surat bantahan ke kedutaan Perancis

Tosrin Jarvanthi
Tosrin Jarvanthi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Johor akan menghantar surat bantahan kepada kedutaan Perancis pada Isnin ini sebagai tindakan membantah penghinaan terhadap agama Islam di negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bantahan itu dilakukan berlandaskan undang-undang agar suara bantahan umat Islam didengari.

"Saya berharap umat Islam di negeri ini bersabar dan tidak melakukan sebarang tindakan dan melampaui batas sehingga mencetuskan emosi serta ketegangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M Peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Pada 16 Oktober lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi berdarah di pinggir kota Paris, Perancis apabila Samuel Paty, seorang guru subjek Sejarah di sebuah sekolah di Perancis telah dibunuh dengan dipenggal kepalanya.

Pembunuhan itu dilakukan oleh seorang pelajar Muslim sebagai tindak balas terhadap gurunya yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan menunjukkan beberapa karikatur baginda kepada pelajar.

Emmanuel Macron mempertahankan tindakan guru tersebut dan memberikan anugerah khas pada satu majlis yang diadakan 21 Oktober lau di Universiti Sorbonne dengan menganggap penghinaan guru tersebut sebagai aksi seorang ‘hero’ kerana mempertahankan dasar kebebasan dan beliau juga berjanji untuk memerangi golongan 'radikal Islam' habis-habisan.

Artikel Berkaitan: