X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan bantu IPTS terjejas

IPTS bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], merupakan kumpulan sasar yang layak untuk memohon. (Gambar hiasan)
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu dan memastikan kelangsungan perniagaan pengusaha-pengusaha IPTS bumiputera yang terjejas akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, usaha tersebut juga dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh pengusaha IPTS bumiputera.

Menurutnya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai agensi pelaksana telah pun diperuntukkan RM300 juta di mana RM150 juta diperuntukkan pada tahun ini dan baki RM150 juta pula diperuntukkan pada tahun hadapan.

Dr Abd Latiff
Dr Abd Latiff

“SPiM Penjana IPTS akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat Mara dengan had pembiayaan tidak melebihi RM50 juta.

“Penilaian had pembiayaan adalah tertakluk kepada keperluan serta keupayaan bayaran balik pembiayaan pemohon,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, IPTS bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], merupakan kumpulan sasar yang layak untuk memohon SPiM di bawah Penjana untuk IPTS bumiputera ini.

Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan www.pmbtijari.com.my/spimpenjana. Soalan-soalan lazim dan perincian permohonan boleh didapati di pautan tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!