Dikompaun tidak tulis nama sebelum masuk premis

Mereka yang gagal menulis nama dan nombor telefon dalam buku daftar masuk, akan dikompaun kerana tidak mematuhi peratusan SOP pencegahan Covid-19.
Mereka yang gagal menulis nama dan nombor telefon dalam buku daftar masuk, akan dikompaun kerana tidak mematuhi peratusan SOP pencegahan Covid-19.
A
A
A

KUANTAN - Enam individu dikenakan kompaun dalam satu pemeriksaan mengejut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan koronavirus (Covid-19) di beberapa premis perniagaan sekitar Felda Chini, Pekan semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Mohd Razli Mohd Yusof berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 36 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Sheih Mohamed Hadzil Sheikh Abdullah dan Khairulzaman Bahuddin.

"Mereka dikenakan kompaun di tiga kedai runcit berbeza ketika pemeriksaan kira-kira dua jam bermula jam 12 tengah hari.

"Kesemua mereka didapati gagal mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak merekod nama dan nombor telefon ketika memasuki premis.

“Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 10 Langkah-langkah Di Bawah Kawalan Tempatan Jangkitan (PPPPB) (No.8) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) PPPPB (No.8) 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga maksimum RM1,000 atau dipenjarakan sehingga maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan dikendalikan di tiga premis berasingan oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Sheih Mohamed Hadzil Sheikh Abdullah dan Khairulzaman Bahuddin.
Pemeriksaan dikendalikan di tiga premis berasingan oleh Inspektor Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Sheih Mohamed Hadzil Sheikh Abdullah dan Khairulzaman Bahuddin.