X

Kindly register in order to view this article
!

PBB, Bank Dunia minta sekolah kekal dibuka semasa Covid-19

Gambar fail menunjukkan sejumlah pelajar memakai pelitup muka di sebuah sekolah di Wuhan, China. - Foto AFP
A
A

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia merayu supaya sekolah kekal dibuka walaupun berdepan berdepan risiko pandemik koronavirus (Covid-19), menurut satu laporan semalam.

Menurut laporan itu, kanak-kanak di negara yang miskin tidak berpeluang mendapat pendidikan berikutan sekolah ditutup selama empat bulan sejak pandemik tersebut bermula awal tahun ini.

Ia berkata, murid-murid di negara maju pula memperoleh pendidikan daripada pengajaran melalui penggunaan teknologi tetapi tidak berpeluang menimba ilmu selama enam minggu.

"Kami tidak perlu untuk melihat kemusnahan akibat pandemik itu dengan lebih jauh lagi yang telah menjejaskan pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia," kata Ketua Pendidikan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF), Robert Jenkins dalam satu kenyataan.

Pendidikan kanak-kanak yang terjejas itu berlaku di negara berpendapatan rendah dan pertengahan kerana kekurangan akses untuk menimba ilmu dari jarak jauh, peluang tinggi untuk penangguhan pembukaan sekolah dan sumber sedikit untuk mengurangkan risiko kesihatan.

Agensi kebudayaan PBB iaitu Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) serta Bank Dunia menyatakan penting untuk negara-negara melabur dalam sistem persekolahan dengan segera.

Ia bagi mengurangkan jurang pendidikan antara negara miskin dengan yang kaya ekoran Covid-19.

Laporan daripada UNICEF, UNESCO dan Bank Dunia itu adalah berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari 150 buah negara antara Jun dan Oktober ini. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!