Duit lesap ditipu 'kawan lama'

Tindakan seorang peniaga bersetuju meminjamkan wang kepada ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kawan lama mengundang padah apabila wang RM9,600 lesap dalam sekelip mata. Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
Tindakan seorang peniaga bersetuju meminjamkan wang kepada ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kawan lama mengundang padah apabila wang RM9,600 lesap dalam sekelip mata. Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Tindakan seorang peniaga bersetuju meminjamkan wang kepada ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kawan lama mengundang padah apabila wang RM9,600 lesap dalam sekelip mata.

Mangsa lelaki berusia 55 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali dan mengaku dirinya adalah kawan lama pada 11 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam panggilan itu suspek mengatakan hasratnya untuk meminjam wang bagi tujuan membuka restoran.

"Atas dasar kepercayaan, mangsa tanpa berfikir panjang memindahkan sejumlah wang RM5,600 ke dalam akaun diberikan.

"Pada hari yang sama (semalam) jam lebih kurang 1.20 petang, suspek sekali lagi menghubungi mangsa mengatakan tidak cukup wang dan mahu meminjam wang lagi sebanyak RM9,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa memaklumkan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan hanya mampu memberi sebanyak RM4,000.

Jelasnya, suspek bersetuju dengan jumlah tersebut dan mahu membayar semula kesemua wang pengadu yang dipinjamnya pada petang, semalam.

"Setelah itu, mangsa telah memindahkan sejumlah wang sebanyak RM4,000 ke akaun yang diberikan dan pada jam lebih kurang 4.15 petang, mangsa telah telefon suspek bertanyakan tentang wang yang dipinjam tetapi suspek memaklumkan dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Suspek memberitahu kepada mangsa bahawa beg duit dan telefon bimbitnya telah hilang beberapa hari lalu," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran selepas merasakan dirinya tertipu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.