X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster Bayu dikesan di Johor

Sebanyak lapan kes baharu jangkitan wabak koronavirus ( Covid-19) direkodkan di negeri ini semalam dengan kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Bayu.- Foto 123RF
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak lapan kes baharu jangkitan wabak koronavirus ( Covid-19) direkodkan di negeri ini semalam dengan kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Bayu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, bagi Kluster Bayu seorang lelaki berumur 29 tahun dikesan positif selepas saringan pada 23 Oktober lalu.

Katanya, saringan kontak telah dijalankan dan mengesan tujuh lagi kes baharu melibatkan dua rakan sekerja dan lima ahli keluarga mereka.

"Bagi Kluster Kempas yang mula dikesan Isnin lalu, jumlah kumulatif kes positif yang dikesan setakat semalam seramai 33 orang.

"Tiga pelajar antara dikesan daripada kluster itu manakala seramai 444 orang kontak telah dikenal pasti iaitu 395 disahkan negatif dan 49 lagi masih lagi menunggu keputusan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Vidyananthan, hanya 1 kes positif Covid-19 dikesan melalui skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) daripada 9815 pelawat yang menggunakan PCA sehingga semalam sejak diperkenalkan pada 17 Ogos lalu.

"Bagi kes melibatkan pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah, sehingga 27 Oktober 2020, kumulatif kes positif kekal sebanyak 37 kes.

"Jabatan Kesihatan kekal melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu bagi menangani peningkatan kes semasa iaitu penyaringan di pintu masuk," katanya.

Menurut beliau, keadaan semasa di Johor masih terkawal walaupun dijangka berlaku peningkatan kes dalam masa terdekat berikutan kemasukan kes import dan aktiviti ujian pengesanan yang dipertingkatkan.

"Diharapkan semua pihak dapat bertenang dan tidak menimbulkan panik dalam kalangan umum dengan menyebarkan maklumat yang kurang tepat.

"Rakyat juga diingatkan sentiasa mematuhi dan mengamalkan normal baharu iaitu penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan kebersihan diri," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!