Covid-19: Majikan degil tidak saring pekerja asing

Ramai majikan masih berdegil tidak melakukan saringan wajib Covid-19 terhadap pekerja asing. Gambar hiasan.
Ramai majikan masih berdegil tidak melakukan saringan wajib Covid-19 terhadap pekerja asing. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramai majikan masih berdegil tidak melakukan saringan wajib Covid-19 terhadap pekerja asing.

Menurut bekas Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Profesor Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah, kerajaan perlu bertindak lebih tegas terhadap majikan terbabit kerana boleh mengakibatkan penularan virus itu.

Katanya, penguatkuasaan terhadap arahan tersebut perlu diperkasakan melalui penguatkuasaan undang-undang oleh polis, KKM dan pihak berkuasa tempatan.

“Pekerja dalam Industri pembinaan, perkhidmatan dan perkilangan terutama di semua tapak projek, restoran, pasar raya dan kedai gunting penting melakukan saringan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Community Care Foundation (MCCF) hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, beliau tidak menafikan kemungkinan besar wujud penipuan dalam keputusan saringan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

"MCCF turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan di samping melakukan saringan Reverse Transcriptase - Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) bagi membantu negara memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini," katanya.

Beliau turut memberikan penghargaan terhadap barisan petugas barisan hadapan yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk negara.

Artikel Berkaitan: