Agong, Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.
Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.
“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.
“Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mashyar kelak," menurut hantaran tersebut. - Bernama
Penggunaan Akaun Fleksibel KWSP perlu imbangi kesan jangka panjang
25 April 2024 08:19pmPLUS rangkul Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik
25 April 2024 07:03pmPelantikan Ahli Lembaga baharu DNB kemajuan penting penstrukturan semula 5G
25 April 2024 06:46pmLebih baik bincang isu kekejaman Israel - Mat Sabu
25 April 2024 06:42pm[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'
25 April 2024 09:10amPelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
25 April 2024 07:30amKWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
25 April 2024 12:10pm'Sebak tak dapat tatap jenazah Along kali terakhir' - Adik Mohd Shahrizan
24 April 2024 09:16pm