Hanya masa tentukan Khabib kembali atau tidak

Khabib Nurmagomedov
Khabib Nurmagomedov
A
A
A

KETUA jurulatih Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez memberi bayangan hanya masa akan menentukan penampilan semula jaguh tempur berusia 32 tahun itu yang mengumumkan persaraannya Ahad lalu.

"Lihat sahaja emosinya, dia menangis, dia ada di mana-mana. Saya tahu dia mengatakan apa yang dia katakan, tetapi dia sangat emosional dan hanya masa akan menentukan sama ada ia akan bertahan dengan keputusannya atau sebaliknya.

"Sejujurnya, saya tidak tahu dan saya juga tidak akan bercakap dengannya, bukan tugas saya. Tugas saya adalah melatihnya ketika dia mahu bertarung," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khabib kotakan janji kepada ibu bersara UFC

Khabib mengumumkan persaraannya dari sukan lasak itu dengan rekod tanpa kalah selepas perlawanan buat pertama kali tidak disertai ayahnya Abdulmanap yang meninggal dunia.

Atlet lightweight itu melabuh tirai kariernya di pentas sukan itu dengan rekod rekod 29-0 pada UFC 254 selepas menumbangkan petarung dari Amerika berusia 31 tahun, Justin Gaethje di pusingan kedua.

Artikel Berkaitan: