Amanah sokong Belanjawan 2021 jika beri manfaat kepada rakyat

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Apa sahaja bentuk peruntukan dalam Belanjawan 2021 yang memberi manfaat untuk rakyat akan disokong Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun, tindakan itu bukan bermakna Amanah akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, beliau melihat keperluan untuk membangunkan ekonomi rakyat yang berdepan keadaan sukar akibat pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai keutamaan.

Pada masa sama, katanya, PN juga wajar mengambil kira peruntukan untuk disalurkan ke setiap kawasan Parlimen tanpa bersikap ‘pilih bulu’.

“Apabila kita (pembangkang) bersedia memberi sokongan, kerajaan perlu ambil kira sediakan peruntukan untuk setiap kawasan kerana kami juga berdepan dengan rakyat yang memerlukan.

“Kami sedar pembentangan belanjawan ini penting untuk kepentingan rakyat. Jadi kami tidak boleh tolak kerana ia akan melibatkan dasar namun kesediaan kami untuk sokong belanjawan ini bukan bermaksud bersedia masuk (sokong) kerajaan PN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Artikel Berkaitan: