UKM FC tetap bersaing di pentas Liga-M musim depan

Sulaiman Hussin
Sulaiman Hussin
A
A
A

UKM FC akan tetap beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan di sebalik ketidaktentuan status semasa The Varsity Boys itu dalam kancah bola sepak negara.

Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin menegaskan The Varsity Boys itu tetap akan mewarnai Liga-M musim depan dan telah menghantar dokumen bagi pelesenan kelab dan penswastaan seperti yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kami hanya menunggu keputusan FAM yang dijangka pada 31 Oktober ini sebab kita dah hantar semua dokumen yang FAM nak iaitu dokumen mengenai peresenan kelab dan penswastaan.

"Namun, saya tidak boleh beri komen lanjut sebab nak semua ini selesai dahulu. Apabila FAM dah umumkan baru UKM akan beri kenyataan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terdahulu, FAM telah meminta penjelasan daripada UKM FC selepas mereka meletakkan jurulatih sebagai antara pemilik syarikat sekali gus menimbulkan keraguan berkaitan proses penswastaan kelab itu.

Dalam masa sama, pasukan itu juga hanya mendapat lesen kebangsaan bersyarat untuk beraksi dalam saingan Liga-M musim depan dan perlu melengkapkan beberapa dokumen sebelum 31 Oktober ini.

Sulaiman juga percaya ruang dan peluang untuk UKM FC beraksi dalam saingan Liga-M musim depan masih terbuka luas.

"Insya-ALLAH UKM akan terus bersaing. Kalau kita tak bersungguh-sungguh, kita takkan cari dan cuba dapatkan semua dokumen yang diperlukan oleh FAM itu.

Artikel Berkaitan:

"Untuk perancangan musim depan, kita nak selesaikan dulu semua hal pentadbiran, baru kita rangka apa yang akan dibuat untuk pasukan nanti," katanya.